JellyPages.com

*!milaQalisya!*

*!milaQalisya!*

Saturday 27 June 2015

Chiko's Little ROOM Page

Salam 11 Ramadhan buat semua blogger2 especially CatsLover.

Di sini Chiko ingin memberitahu dan memohon jasa baik acik-acik semua untuk like page Chiko's Little ROOM di facebook masing-masing... 

Page ini diwujudkan sebagai usaha untuk membantu kucing-kucing jalanan. Dengan setiap pembelian akan digunakan untuk membeli maknanan kepada kepada kucing-kucing tersebut. 

Atas keperihatinan Chiko terhadap kucing-kucing jalanan yang terpaksa survive as a lone ranger, maka wujudlah page ini.  

Acik Melly tidak mampu untuk membela semua stray cat kat luar sana, tetapi dengan pertolongan acik-acik semua, diharap mampu untuk mengubah sedikit nasib mereka...

Tidak guna jika kita hanya bersimpati dengan nasib mereka tetapi tiada usaha untuk kita membantu mereka.. 

Chiko cumalah kucing biasa bukan peniaga yang membeli barangan yang dijual secara online ini dengan harga pemborong kerana Chiko juga adalah customer seperti acik-acik juga... Harga yang ditawarkan sangat berpatutan..

Chiko sangat-sangat berharap dengan idea ini, kita dapat membantu kucing-kucing jalanan ini mendapat kesihatan yang lebih baik ^_^

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!... eh silap lak...


LIKE jangan tak like yer




welcome to our Family!

Hai... ini Memey.. Aku baru adopt Jumaat lepas bersamaan 9 Ramadhan = 26 Jun 2015. 
Memey ni bukanlah kucing gelandangan ke kene buang ke. Tapi dia kucing bertuan... Atas sebab-sebab tertentu yang tidak membolehkan tuannya untuk membelanya, jadi aku pun adopt la dia.

Aku sendiri pun memang dah lama nak cari kucing yang kaler putih salju ni.. Siap berangan nak bubuh nama dia Neko, boleh la geng dengan Chiko kan. Tapi sebab sejak lahir dia telah di panggil dengan nama Memey, aku pun takde lah rasa nak tukar panggil princess Elsa ke apa ke... Jadi aku kekalkan dengan panggilan Memey atau nama Jepun nya Hime... 


Memey in the house...! She come like a princess

Mula-mula masuk rumah, mestilah kena ada sesi suai kenalkan... Memey ni punyalah malu mana tak nya masuk-masuk je dah kena interview dengan jejaka-jejaka tampan lagi macho, siapa lagi kalau bukan Hachiko dengan Tommy Oreo...


Inilah hero-hero nya... Kucak bergaya kan 

Memey pun sama macam Chiko masa mula-mula adopt dulu. Tak nak makan tak nak minum tak nak berak tak nak kencing. Siap nyorok bawah tilam lagi gara-gara kena ngorat dengan Abam-abam encem nih. 


Mencari tempat perlindungan daripada paparazi yang sibuk nak interview 

Itulah dia Memey. Mula-mula ni agak garang jugalah. Nak main tapi bila Si Jantan mendekat, keluarlah bunyi Haishhh dia tuh. 

Model 1st Year in 2015

Harap-harap Memey dapat menyesuaikan diri dalam family kecil aku dan Hachiko ^_^ dan seterusnya family besar aku di kampung tempat kelahiranku...

 I LOVE MANJUNG