JellyPages.com

*!milaQalisya!*

*!milaQalisya!*

Thursday 30 April 2015

Pemilihan Jenama Makanan Untuk Kucing Anda

Salam uols... Hari ni aku nak share ke korang mengenai jenis makanan yang sesuai untuk anak bulus kesayangan korang. Macam entry aku sebelum ni... aku pernah cakap makanan mahal tak semestinya sesuai dengan perut kucing korang dan makanan murah pulak tak semestinya tak baik untuk anak bulus korang.

Dekat Manjung ada 3 jenis kedai yang aku selalu pergi untuk check harga dan stock makanan kucing yang disediakan. Bukan takde peberet shop, tapi kadang tak semua barang keperluan yang aku nak cari ada dalam satu kedai. Jadi aku pelbagaikan petshop untuk aku singgah and survey barang keperluan terutamanya makanan kucing.

Kalau korang perasan, memang banyak pilihan makanan yang ada dekat pasaran kan. Tapi korang kena aware sekarang ni banyak commercial cat food ada letak bahan-bahan yang mengandungi by-product, karbohidrat, corn, gluten... Bahan-bahan ni tak elok untuk kucing.

Masa nak pilih makanan tu, korang check dulu kat top 5 main ingredient dia, kalau ada gluten/ starch/ corn atau seangkatan dengan-nya, kome kena la hati-hati. Ada sesetengah kucing akan memberikan reaksi alergi kalau makan gluten. Contoh simptom-simptom alergi diarrhea (cirit-birit), muntah dan hilang selera makan.

Kat sini aku akan bagi or share jenis makanan yang kategori elok untuk penghadaman perut anak bulus korang. Aku cerita ni pun based on my own experience, sebab bukan semua kucing ni boleh absorb apa-apa jenis makanan yang disua ke diorang. Ada juga yang jenis usus tu memang sensitif macam kuicng aku Hachiko. So aku bagi jenis makanan ni pun atas nasihat pakar juga lah... bukan saja-saja nak test. Korang kne paham anak kucing ni masa deme kecil la yang nak kena jaga elok-elok.


1) EVO CAT FOOD


Sila abaikan scoop tu ye.. tah mcm mane boleh termasuk skali

Merupakan antara makanan kucing termahal kat Malaysia. Orang kelaskan jenis makanan ini dalam kategori "SUPER PRIMEUM". Dan tak banyak petshop yang jual brand ni. Yang bestnya EVO ni mempunyai kandungan protein tinggi dan karbohidrat rendah. Aku pulak mampu beli wet food je untuk brand ni.. Itu pun harga dia cecah RM17.00 setin besar kalau kecil punya dalam RM 7.90 after GST aku tak tahu lagi berapa harganya sekarang..... kalau jenis dry food pulak yang 400grm saja berharga dalam RM 50.00


EVO Benefits;//
  • Grain free for when extra crabs and grain intolerance are a concern.
  • High level of protein from quality meat, poultry and fish.
  • Excellent palatability
  • Skin and coat health 
  • High digestibility and decreased waste.
  • Energy and nutrient - dense
  • Formulated with added antioxidant vitamins.
  • Fortified with vitamins and minerals.

Boleh terdapat dalam pelbagai aneka pilihan. Ikut korang nak yang macam mana;//
  1. Turkey & Chiken Formula Dry Cat & Kitten Food.
  2.  Herring & Salmon Formula Dry Cat Food.
  3. Weight Management Dry Cat Food.
  4. Turkey & Chicken Formula Canned Cat & Kitten Food.
  5. 95% Chicken & Turkey Canned Cat Food with 95% Beef Canned Cat Food.
  6. 95% Venison Canned Cat Food.
  7. 95% Duck Canned Cat Food.
  8. Wild Cravings Turkey & Chicken Formula Cat Treats.
  9. Wild Cravings Herring & Salmon Formula Cat Treats.
  10. Wild Cravings Weight Management Cat Treats. 

Guaranteed Analysis

Crude Protein (Min) ......... 50.0%
Crude Fat (Min)       .......... 22.0%
Crude Fiber (Max)   .......... 2.0%
Moisture (Max)        .......... 10.0%
Carbohydrates NFE (Max) ...........7.0%


2) ROYAL CANIN


Sumber :// Mister Google


Mula-mula aku bela kucing, ni lah piliha pertama aku... Tapi bila tengok banyak komen dari pet owner luar negara, mostly diorang cakap brand ni banyak menyebabkan alergi pada kucing mereka yang disebabkan kandungan gluten yang ada dalam pack. Dan nak cakap tak betul pun, mayb ada betulnya juga...

Masa Chiko makan brand ni memang dia asyik cirit-birit jer. Dah pergi jumpa vet banyak kali pun tetap juga cirit. Tapi tak dinafikan brand ni cukup femes dekat Malaysia sebab mostly pet owner kat Malaysia memang suka brand ni. Jadi terpulang kepada keadaan kucing korang sama ada boleh absorb atau tak brand ni.


Pilihan RC ni memang banyak baq ang...://

  1. Royal Canin Adult Fit 32 - Untuk kucing yang aktif dan sesuai untuk yang outdoor...
  2. Royal Canin Adult Persian 30 - Untuk kucing Parsi, Himalaya, Burma dan lain-lain...
  3. Royal Canin Babycat 34 - Untuk kitten dari umur 1-4 bulan...
  4. Royal Canin Exigent 33 Aromatic Attraction - Untuk kucing yang sensitif kepada bau...
  5. Royal Canin Exigent 35/30 Savour Sensation - Untuk kucing yang sensitif kepada rasa makanan...
  6. Royal Canin Hair & Skin 33 - Sebagai nutrisi untuk kecantikan bulu dan kulit kucing...
  7. Royal Canin Indoor +7 - Untuk kucing indoor yang berumur lebih 7 tahun...
  8. Royal Canin Indoor Adult 27 - Untuk kucing indoor berumur 1-10 tahun...
  9. Royal Canin Indoor Intense Hairball 34 - Merawat masalah hairballs...
  10. Royal Canin Kitten 36 - Untuk kucing mengandung dan anak kucing dalam peringkat pembinaan tulang dan otot ( 4-12 Bulan )
  11. Royal Canin Kitten Persian 32 - Untuk kitten Parsi sehingga umur 12 bulan, dan untuk ibu kucing menyusu / mengandung 
  12. Royal Canin Light 40 - Untuk kucing Obese...
  13. Royal Canin Maine Coon 31 - Untuk kucing Maine Coon berumur 1-10 tahun...

Guaranteed Analysis

Crude Protein (Min) ......... 36.0%
Crude Fat (Min) ............... 17.0%
Crude Fiber (Max) ............ 3.5%
Moisture (Max) ................. 8.0%



3) BRIT CARE


Sumber :// Mister Google



Brit berasal dari Czech Republic dan mula ditubuhkan pada June 1994. Mereka mengeluarkan premium dan super premium pet food. Lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam pembuatan makanan haiwan dan telah pun mengeksport ke 55 buah negara. 

Aku dulu pun tak pernah tahu pun kewujudan jenama ni. Aku dapat maklumat pasal brand ni bila ada sorang kawan aku ni kerja as a vet yang promote. Tu pun sebabkan nya aku runsing kenapa kucing aku berak dia tak solid macam kucing lain. Poo dia macam kucing yang cirit-birit. tapi aku dah banyak kali rujuk doc untuk solve the problem. Macam-macam ubat yang diorang bagi tapi tak ada perubahan... so kawan aku pun rekomen la brand ni... katanya bagus untuk kucing yang mengalami masalah usus ni.... 

Tapi Chiko macam kurang minat dengan rasa makanan ni sebab dia jarang habiskan makanan dia bila aku boh brand ni. maybe tak semanis RC kot. Heheheh tapi orang cakap yang pahit tu la ubat kan... 

Antara brand dari Brit adalah Brit Care, Carnilove, Petit, Lets Bite, Brit Animals, Profine dan Same Field.

Jenis makanan Brit care;//

a) Brit Care Crazy I'm kitten
    Sesuai untuk kucing berumur 1 bulan ke atas. Membantu dalam tumbesaran kucing dengan cara mempercepatkan pembesaran kucing. Daging yang penuh dengan nutrisi dan vitamin untuk   membantu perkembangan tubuh kucing, meningkatkan deria rasa dan juga meningkatkan sistem imunisasi kucing. Mengandungi PREBIOTIC dan VITAMIN C.
    Protein 38%, Fat 20%, Fibre 25%, Moisture 10%

b) Brit Care Lucky I'm Vital Adult 
    Untuk kucing dewasa. Membekal tenaga yang cukup untuk kucing yang aktif. Mengandungi
SHMP kompleks dan vitamin c bagi mengelakkan pembentukan tartar dan plak pada gigi kucing. Meningkatkan sistem pencernaan. 
    Protein 35%, Fat 16%, Fibre 30%, Moisture 10%

c) Brit Care Sunny I've Beautiful Hair
    Untuk kucing berbulu panjang. Menguatkan struktur bulu, diman dapat mencegah bulu daripada gugur. Membuatkan bulu kucing berkilat. Menjaga kesihatan kulit kucing. Mengandungi ekstrak 
MARIGOLD dan MINYAK OMEGA 3 tahap tinggi untuk memastikan bulu kucing sentiasa berkilat. ZINK & BIOTIN secara semulajadi membantu meningkatkan kualiti bulu dan kulit kucing. 
    Protein 35%, Fat 20%, Fibre 3.5%, Moisture 10%

d) Brit Care Cocco I'm Gourmand
    Sesuai untuk kucing yang memilih makanan kerana di dalam ingredient-nya mengandungi 
CATMINT yang mampu menjadi tarikan pada kucing. Kandungan daging yang tinggi dan ianya 
GRAIN FREE dimana dapat memberi lebih kekenyangan walaupun hanya makan sedikit. 
    Protein 40%, Fat 19%, Fibre 3.5%, Moisture 10%

e) Brit Care Monty I'm Living Indoor
    Untuk kucing yang tinggal didalam rumah. Mengandungi 3 jenis Fibre (Psyllium, Apple dan Beet) yang membantu dalam pencernaan HAIRBALL. Mengandungi ekstrak YUCCA yang membantu
metabolisme kucing serta dapat mengurangkan bau najis. Mengandungi SHMP kompleks dan vitamin c bagi mengelakkan pembentukan tartar dan plak pada gigi kucing. 
    Protein 27%, Fat 13%, Fibre 40%, Moisture 10%



4) BLACKWOOD 

Sumber :// Mister Google

Blackwood Benefit
  • Super Premium; all-natural chicken protein
  • Nutritionally balanced and complete for all life stage
  • No corn, no wheat, no soy, no artificial flavors or colors
  • optimal nutrion for optimal wellness

Kebanyakkan kedai setakat ni yang pernah aku singgah tak kiralah sama ada kat Manjung atau Penang, mostly promoter ni memang akan rekomen blackwood ni. Paling best ayat diorang mesti berbunyi macam ni " Actually blackwood is better then Royal Canin" and then panjang lebarlah diorang punya explanation even kita tahu RC lebih mahal dari B/W ni kan... but still diorang suruh kita pakai blackwood ni... But another side plak ada yang cakap B/W mempercepatkan pertumbuhan tartar dan plak pada gigi kucing... heheheh... Lain orang banyak la opinion nya..

Tapi orang cakap Blackwood ni one of Favorited kibbles in Malaysia sebab B/W bagi jaminan yang ramuannya tidak mengandungi corn, wheat & soy. Most kucing pun sukakan brand ni juga.. termasuk Hachiko aku. 

Kenapa aku cakap macam tu?? Sebabnya, bila aku bagi Chiko Brit Care, dia macam kurang lalu makan sikit. Sampai naik kurus badan dia. Kesian pula aku tengok. Tapi poo dia ok bila makan Brit Care ni. Since dia tak lalu makan, aku try tukar lagi cari makanan yang sesuai dengan usus sensitif dia tu and makanan yang kompem dia makan... 

Nah......aku belikan Blackwood...Dia memang sakan suka blackwood ni. Masa 1st timeaku try bagi dia makan, nampak lahap gila dia bedal. And kuih dia pun nampak ok juga, tak cair tapi tak solid juga. But ok la. Aku pun dok rujuk dengan Vet. and dia cakap walaupun poo dia cair tapi bukan ketagori cirit and Chiko sihat. So aku pun teruskan lah bagi b/w ni and sometime aku akan campur juga dengan Brit Care... 


Antara Pilihan Blackwood Cat Food
  1. Adult Cat Food
  2. Indoor Formula Cat Food
  3. Kitten Food
  4. Lean Cat Food
  5. Original Formula Cat Food
  6. Chicken, Salmon & Vegetable Recipe Canned Food
  7. Turkey, Triple & Vegetable Recipe Canned Food
  8. Ocean Fish & Vegetable Recipe Canned Food

Hachiko Si Legenda


Kali ni aku nak berkongsi satu cerita kepada korang semua iaitu cerita Hachiko. Lepas ni korang boleh bajet kenapa aku namakan kucing aku pun Hachiko. Mungkin juga ada yang pernah mendengar kisah ini. Jangan lepaskan peluang untuk tengok ataupun mendownload cerita ni sebab ianya kisah benar yang pernah terjadi suatu ketika dahulu... Memang best gila tapi korang kena sediakan tisu sebab sedih sangat sampai aku yang tengok lebih 10 kali ni pun mesti nangis bagai nak rak baq ang...

Hachiko ni sejenis anjing yang berbaka Akita Inu dan Dilahirkan pada 10 Novenber 1923. Masa berumur 2 bulan, Hachiko dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya. Prof. Ueno bekerja di Universiti Tokyo di dalam bidang pertanian. Prof Ueno suka panggil Hachiko dengan panggilan "Hachi" yang bermaksud -CAHAYA-. Nama "Ko" plak adalah nama tambahan untuk orang Jepun yang bermaksud -ANAK-. Tapi aku tak panggil nama kucing aku Hachi pun sebab aku lebih suka panggil dia Chiko.. :-)

Sejak Hachiko dibela oleh Prof Ueno, Hachiko selalu menunggu kepulangan profesor  di Stesen Keretapi Shibuya. Hachiko sudah terbiasa dengan menunggu kepulangan tuannya yang bekerja di Kota Tokyo. Setiap hari, tepat jam 5 petang Hachiko setia menanti di depan pintu stesen keretapi macam ada jam kat tanganny, sampaikan orang-orang yang dah biasa kat situ memang dah terbiasa ngan Hachiko ni sebab hari2 datang tunggu tuan dia. 

Mengikut fakta yang aku baca dan dapat, pada tanggal 21 Mei 1925, Prof. Ueno terkena stroke (angin ahmar) di tempat dia bekerja dan meninggal di Universiti Tokyo sebelum sempat pulang menemui Hachiko.  Oleh kerana Prof. Ueno telah mati, maka sedara Ueno yang ambil alih tugas menjaga Hachiko.  Hachiko hidup dengan saudara Ueno dan rumahnya terletak beberapa batu dari Stesen Shibuya, tempat kebiasaan Hachiko menunggu kepulangan tuan kesayangan nya.

Akan tetapi, Hachiko telah lari dari rumah barunya kerana merasa kesunyian dan pergi menuju ke Stesen Shibuya dengan harapan dapat bertemu dengan tuannya yang telah pun mati....

Seorang tukang kebun yang mengenali Prof. Ueno bernama Kikuzaburo Kobayashi melihat berhari-hari Hachiko yang setia menunggu tuannya yang tidak kunjung tiba seperti biasa. Apabila melihat akan kesetiaan seekor anjing kepada tuannya,  Kikuzaburo berasa kagum dan beliau selalu memberi makan kepada Hachiko yakni "yakitori". Tapi kalau dalam filem, watak tukang kebun tu diorg ganti dengan watak orang meniaga makanan di Stesen Shibuya.  

Hari-hari Hachiko akan datang ke Stesen Shibuya dan yang paling best sekali, tiap kali dia datang mesti time tu orang balik kerja sama la juga dengan waktu Prof. Ueno balik dari Unervisiti Tokyo semasa hayat dia. Hachiko akan tengok je orang yang keluar dari pintu Stesen Shibuya sampai orang yang terakhir.

Tahun 1928, Stesen Shibuya telah diubahsuai secara keseluruhan. Ketika pengubahsuaian stesen itu sedang rancak berjalan, Hachiko telah menyusup ke setiap kedai-kedai dan Hachiko tetap setia menunggu tuannya. Kikuzaburo yang melihat keadaan Hachiko yang selalu menunggu kepulangan tuannya merasa sangat terharu dan kesian. Ditahun yang sama, ada seorang pengkaji anjing jenis Akita dimana beliau merupakan salah seorang daripada anak murid Prof. Ueno kebetulan melihat "pemandangan" menarik tentang Hachiko yang pada ketika itu sedang duduk menunggu kepulangan tuannya.

Dia mengamati bagaimana Hachiko menunggu tuannya di stesen keretapi. Murid Ueno itu mendapat maklumat tentang Hachiko yang setia menunggu tuannya. Dia pun mula menulis artikel tentang Hachiko. Berita tentang Hachiko pun mulai tersebar di seluruh Jepun. "Faithful Old Dog Awaits Return Of Master Dead For Seven Years"......adalah berita yang dimuat di harian Asahi pada 4 Oktober 1933. Hachiko pun semakin dikenali dan semakin tersohor hingga seluruh pelososk Jepun.

Pada tahun 1934 patung Hachiko didirikan di depan Stesen Shibuya. Setahun kemudian, Hachiko telah mati pada tanggal 8 Mac 1935. Disaat hampir mati, Hachiko masih setia menunggu Profesor Ueno di pintu depan Stesen Shibuya yang kini dinamakan sebagai PINTU HACHIKO SHIBUYA. Posisi patung Hachiko adalah duduk seperti 70 tahun lalu menunggu Profesor Ueno pulang. Patung Hachiko sendiri kini terdapat 3 buah, satu di Shibuya, Akita dan tempat kelahiran Hachiko, Odate.



Patung Hachiko di depan Stesen Shibuya.
Macam ni lah gambaran Hachiko menunggu tuan dia






Yang ni pula Hachiko aku yang setia menanti makanan kegemaran dia...
Gaya duduk menanti tu dah sama dah ngn Patung Hachiko kat Shibuya tuh... :)

Kepada yang berminat untuk menonton cerita Hachiko ni,.... korang boleh dapatkan dalam dua siri sama ada siri omputeh nyer or original made from Jepun.



Hachiko A Dogs Tale (2009)


Hachiko Monogatari (1987)


Aku sempat tengok versi Jepun ni ja. Yang english story nya aku sendiri pun tak sempat nak tengok lagi. So aku tak berani nak komen apa-apa sangat yang mana lebih best. Tapi yang pasti air mata aku memang meleleh masa tengok cerita Hachiko ni.... so sad T_T 
So korang jangan lupa tengok ye cerita ni. Banyak manfaat dan masej yang tersampai dalamnya... last word Happy Watching.... 













Friday 24 April 2015

Reward!

Salam buat semua warga blogger.. Ingat lagi kat Kitew. HaChiko lah.... ;-)


Sempat lagi posing maut nak promote blog sendiri.. hehehe


Agak lama jugak Acik Melly tak updated pasal kitew kat blog dia ni kan... Takpe kitew paham Acik Melly memang sibuk dengan kerja dia. Kalau bukan kitew yang tolong jaga blog dia ni, rasanya memang bersawang lah jawabnya. Bayangkan sampai id dengan password blog pun Acik Melly tanya kat kitew.. ish3.... 

Hehehe... hari ni punya topik dah basi berkurun dah. Tapi kitew nk updated juga kat sini. Bukan apa Acik Melly ni pelupa orangnya. Jadi kalau kitew tolong updated kan story ni at least ada la juga memorinya. Mana tahu Handphone Acik Melly nanti tetiba je jem, tak ke hilang semua memori pasal kitew Si HaChiko yang encem plus gebu-gebu ni...



Susah bila jadi artis ni... Ada je paparazi yang ngekot ambil gambar sana-sini


Tapi nak tahu tak, kitew dapat nama baru... Acik Melly panggil kitew kat depan semua orang Mr. Arrogant !! geram betul kitew dengan Acik Melly tu. Bukannya kitew nak Arrogant sangat pun, tapi dah memang kitew dilahirkan dengan muka yang ala-ala prince ni kena la terima hakikat...



Muka Arrogant yang Acik Melly selalu canang kat orang.. Heii kitew tak arrogant la


Apa-apa pun kitew berterima kasih pada Acik Melly yang susah payah jaga dan rawat kitew. Korang semua tahu kan kitew memang ada problem sejak Acik Melly adopt kitew lagi. Masalah tu berlarutan sampai la kitew dah besar macam buah nangka ni...



Dah la ambil gambar kitew secara curi-curi masa kitew tengah berlayar ke Paris,
pastu boleh pulak Acik Melly cakap kitew ni buah nangka jatuh tergolek...
 grrrrrrr :-/


Walaupun kitew dah besar macam gambar kat atas tu,,.... Tapi kuih kitew tak pernah nak solid macam kucing lain. Ubat jangan cakap la. Macam-macam kitew kena makan. Tapi tak jalan jugak. Jadi sebab kitew ni terlalu special buat Acik Melly, tiap kali Acik Melly keluar jalan-jalan mesti dia akan bawa balik sesuatu untuk kitew... Jeng...jeng...jeng... ni lah antara koleksi kitew....



Nampak tak corak katil baru kitew tu.. 'C' bermaksud Chiko




Best katil baru ni.. Lembut ja.. takdelah sakit badan kitew ni...





Ngantoknyer................ZZzzzzz




Haish nyamuk ni orang sedap-sedap tidur sibuk je nak curi darah orang.. Mai aku lepuk sikit




Baik tidur macam ni.. Nyamuk pun tak boleh masuk... Gelap pun gelap macam dalam gua gitu.... night bloggers




Tuesday 7 April 2015

L.O.V.E.

Bulan ni aku rasa memang jarang sangat aku update status kat blog. Well terbusy pulak bulan ni. Orang lain syok cuti sekolah, aku pulak "tersyok la sangat dapat fail atas meja". Kalau korang nak baca entry kali ni, aku rekeman korang bawa air kelapa, nasi, dan buah-buahan siap-siap ye... Jangan lupa kotak tisu skali.

Aku memang banyak memori dengan kucing. Since aku kecil lagi, hidup aku tak lari dengan kucing.
Kucing aku yang bernama NONING tu dulu mati sebab kecederaan pada bahagian ekor dia. Saat-saat terakhir kitorang dengan dia masa tu adalah Raya Puasa. Kami balik kampung di Johor dan bawa dia balik sama. Mula-mula kat sana ok semua nya sehinggalah saat dimana malam terakhir kami di kampung, satu tragedi hitam telah terjadi pada Noning.

Malam tu, kami lepaskan dia di luar rumah sebab dia memang rimas kalau duduk dalam rumah. Selalunya memang dia tak akan pergi jauh. Tapi tah macam mana, malam tu bila aku panggil dia makan, dia tak datang. Hati dah mula risau kalau-kalau dia sesat jalan. Disebabkan malam makin larut, abah suh aku masuk tidur sebab esok nak gerak balik Perak dah.

Masa tu aku pun kecil lagi, so ikut je la cakap bapak. Esoknya bangun tidur, aku tanya mana Noning. Abah cakap, Noning tak balik dari malam tadi. Memang aku yang orang pertama yang menangis masa tu sebab kami pun dah bersiap-siap nak gerak balik Perak dah.

Then aku siap pesan kat bapa sedara aku, kalau Noning balik tolong jagakan dia. Ok deal. perjanjian dah dibuat. Lepas 10 minit macam tu kereta kami keluar dari simpang jalan masuk kampung atok, abah dapat panggilan dari kampung. Pak sedara cakap jumpa dah Noning. Nasib baik tak jauh jalan lagi time tu, so kami pun patah balik kampung nak ambil Noning.

Rupanya, Noning panjat pokok rambutan tinggi betul, tapi tak pandai nak turun. Nak buat macam mana kat bandar tak ada pokok tinggi-tnggi ni. Abah ambil tangga dan panjat pokok tu untuk ambil dia. Noning selamat diturunkan. Tapi dia kemurungan. Sebab ekor dia dah tercedera time tu. Pak sedara cakap mungkin dia bergaduh dengan kucing hutan malam tadi sampai takut tu yang panjat pokok tak boleh nak turun... T_T

Aku dengan family teruskan juga perjalanan balik ke Perak. Cuti sekolah pun nak habis tak boleh lah nak stay kat kampung lama-lama kan. Kitorang rawat Noning kat Perak ja nanti. On the way, sebab time raya kan, kami singgah kejap dekat Muar rumah mak sedara kami.

Untuk bagi Noning selesa, kami keluarkan dia dari kereta dan lepaskan kejap hirup udara. Takut dia pening sama. Dan ini lah juga tragedi yang mane Noning hilang skali lagi.. Ermmm.. Noning hilang langsung tak dapat dikesan. Masa nak gerak balik tu, kami cuma pesan kat mak sedara kalau-kalau Noning pulang tolong jaga dia.

Lepas je 3 hari Noning hilang, tak disangka- sangka dia pulang semula ke rumah mak sedara aku. Then mak sedara aku telefon kami di Perak untuk bagi tahu yang Noning ingat jalan nak balik. Tapi keadaan dia ekor dia sangat kritikal walaupun dah dibawa ke klinik untuk cuci luka kat ekor dia tu. Vet cakap kalau umur dia panjang, dia akan terus hidup.

Tapi sayangnya, esoknya dia telah pergi buat selamanya.. Dan kubur ny berada di Muar jauh dari tempat kami.. Takpelah moga tenang Noning disana... (tiada gambar dia Noning sebagai hadiah kenang-kenangan)

Kisah Noning ni mengingatkan aku pada Belang... Sekali lagi aku terima episod duka selepas 8 tahun pemergian Noning.


haii sume kita lah... KOKO.. Abang Si Belang. Saja kitew nak interprem dulu... :)

Koko ni datang pakej sekali dengan ibu dia. Aku pun tak tahu dari mana diorang datang, tetiba je diorang main-main area kawasan rumah aku. Kami ni pun agak pantang jugalah bila ada kucing mai, mesti beri diorang makan. Sekali dah bagi terus melekatlah diorang kat rumah.

Mula-mula tu Koko ni ade 3 beradik dengan mak dia kami panggil Ibu jer. Tak lama diorang being our family, sekor hilang. Kami agak orang ambil. Yang hilang tu lah yang paling cantik corak dia antara 3 beradik nih. Then, tinggallah Koko bersama adiknya berdua dan juga Si Ibu.

Ni jer gambir yang sempat aku ambil. Mase ni diorang belum sampai seminggu lagi duduk kat rumah kami. Nama adik Koko tu Belang sebab corak bulu dia belag-belang.


Kebetulan, aku dengan family ada buat BBQ malam tu. sambil-sambil tu sempat ja jugak snap gambar diorang ni.


Adik janganlah tidur. Diorang tgh ambil gambar kitew tu. Pandanglah kamera kat depan ni. 




Hish abang ni.. Bukan adik tak nak pandang kamera tu, tapi adik tak boleh nak lepas pandang daging ayam depan mata kitew ni. Sedap tu... Lama lagi ke nak tunggu diorang habis masak... 



Ye lah... Abam pun dok usha jugak dari tadi nih dik. Lama benor dapat kitew ratah daging tuh. nak je abam pergi tolong kipaskan arang tuh bagi terbakar cepat sikit dagingnya tuh. Tapi kakak suruh kitew dok dim-diam atas bumbung kereta nih.... 




Ko tunggu kedatangan kami wahai ayam jatuh tergolek.... nyum..nyum..nyum.......

Ni je lah perbualan yang sempat aku rakam antara dua beradik ni. Dua hari selepas itu, Belang pula hilang dari rumah. Kitorang memang bagi bebas kucing-kucing yng datang rumah ni. Dulu pun macam ni jugak. Tapi tak pernah pula dapat kes kucing hilang seminggu lepas bela. Tapi nak buat macam mana kan.... Orang yang ambil tu pun tak patut betul. Kalau nak bela sangat ambillah semua sekali, ni tak pilih yang cantik je... Kalau nak ambil sangat kan bagi salam pun tak apa lah juga ni tak main redah rumah orang jer..

Geram tau aku dengan orang-orang macam ni :-/

Bila Koko tak nampak adik dia Si Belang, memang aku nampak sangat perubahan dia. Koko jadi tak lalu nak makan, main pun tak nak. Macam orang hilang arah je. Yelah tak ada geng nak main gaduh-gaduh. Ibu pun murung ja. Kadang-kadang tak nak bagi pun Koko minum susu dia. Sampai kami kena baringkan Ibu, Tahan jangan bagi bangun untuk bagi Koko minum susu. Tapi alhamdulillah 7 hari selepas Belang hilang dari rumah, Koko dan Ibu dah boleh terima dan mood diorang pun dah elok semula...