JellyPages.com

*!milaQalisya!*

*!milaQalisya!*

Thursday 30 April 2015

Hachiko Si Legenda


Kali ni aku nak berkongsi satu cerita kepada korang semua iaitu cerita Hachiko. Lepas ni korang boleh bajet kenapa aku namakan kucing aku pun Hachiko. Mungkin juga ada yang pernah mendengar kisah ini. Jangan lepaskan peluang untuk tengok ataupun mendownload cerita ni sebab ianya kisah benar yang pernah terjadi suatu ketika dahulu... Memang best gila tapi korang kena sediakan tisu sebab sedih sangat sampai aku yang tengok lebih 10 kali ni pun mesti nangis bagai nak rak baq ang...

Hachiko ni sejenis anjing yang berbaka Akita Inu dan Dilahirkan pada 10 Novenber 1923. Masa berumur 2 bulan, Hachiko dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya. Prof. Ueno bekerja di Universiti Tokyo di dalam bidang pertanian. Prof Ueno suka panggil Hachiko dengan panggilan "Hachi" yang bermaksud -CAHAYA-. Nama "Ko" plak adalah nama tambahan untuk orang Jepun yang bermaksud -ANAK-. Tapi aku tak panggil nama kucing aku Hachi pun sebab aku lebih suka panggil dia Chiko.. :-)

Sejak Hachiko dibela oleh Prof Ueno, Hachiko selalu menunggu kepulangan profesor  di Stesen Keretapi Shibuya. Hachiko sudah terbiasa dengan menunggu kepulangan tuannya yang bekerja di Kota Tokyo. Setiap hari, tepat jam 5 petang Hachiko setia menanti di depan pintu stesen keretapi macam ada jam kat tanganny, sampaikan orang-orang yang dah biasa kat situ memang dah terbiasa ngan Hachiko ni sebab hari2 datang tunggu tuan dia. 

Mengikut fakta yang aku baca dan dapat, pada tanggal 21 Mei 1925, Prof. Ueno terkena stroke (angin ahmar) di tempat dia bekerja dan meninggal di Universiti Tokyo sebelum sempat pulang menemui Hachiko.  Oleh kerana Prof. Ueno telah mati, maka sedara Ueno yang ambil alih tugas menjaga Hachiko.  Hachiko hidup dengan saudara Ueno dan rumahnya terletak beberapa batu dari Stesen Shibuya, tempat kebiasaan Hachiko menunggu kepulangan tuan kesayangan nya.

Akan tetapi, Hachiko telah lari dari rumah barunya kerana merasa kesunyian dan pergi menuju ke Stesen Shibuya dengan harapan dapat bertemu dengan tuannya yang telah pun mati....

Seorang tukang kebun yang mengenali Prof. Ueno bernama Kikuzaburo Kobayashi melihat berhari-hari Hachiko yang setia menunggu tuannya yang tidak kunjung tiba seperti biasa. Apabila melihat akan kesetiaan seekor anjing kepada tuannya,  Kikuzaburo berasa kagum dan beliau selalu memberi makan kepada Hachiko yakni "yakitori". Tapi kalau dalam filem, watak tukang kebun tu diorg ganti dengan watak orang meniaga makanan di Stesen Shibuya.  

Hari-hari Hachiko akan datang ke Stesen Shibuya dan yang paling best sekali, tiap kali dia datang mesti time tu orang balik kerja sama la juga dengan waktu Prof. Ueno balik dari Unervisiti Tokyo semasa hayat dia. Hachiko akan tengok je orang yang keluar dari pintu Stesen Shibuya sampai orang yang terakhir.

Tahun 1928, Stesen Shibuya telah diubahsuai secara keseluruhan. Ketika pengubahsuaian stesen itu sedang rancak berjalan, Hachiko telah menyusup ke setiap kedai-kedai dan Hachiko tetap setia menunggu tuannya. Kikuzaburo yang melihat keadaan Hachiko yang selalu menunggu kepulangan tuannya merasa sangat terharu dan kesian. Ditahun yang sama, ada seorang pengkaji anjing jenis Akita dimana beliau merupakan salah seorang daripada anak murid Prof. Ueno kebetulan melihat "pemandangan" menarik tentang Hachiko yang pada ketika itu sedang duduk menunggu kepulangan tuannya.

Dia mengamati bagaimana Hachiko menunggu tuannya di stesen keretapi. Murid Ueno itu mendapat maklumat tentang Hachiko yang setia menunggu tuannya. Dia pun mula menulis artikel tentang Hachiko. Berita tentang Hachiko pun mulai tersebar di seluruh Jepun. "Faithful Old Dog Awaits Return Of Master Dead For Seven Years"......adalah berita yang dimuat di harian Asahi pada 4 Oktober 1933. Hachiko pun semakin dikenali dan semakin tersohor hingga seluruh pelososk Jepun.

Pada tahun 1934 patung Hachiko didirikan di depan Stesen Shibuya. Setahun kemudian, Hachiko telah mati pada tanggal 8 Mac 1935. Disaat hampir mati, Hachiko masih setia menunggu Profesor Ueno di pintu depan Stesen Shibuya yang kini dinamakan sebagai PINTU HACHIKO SHIBUYA. Posisi patung Hachiko adalah duduk seperti 70 tahun lalu menunggu Profesor Ueno pulang. Patung Hachiko sendiri kini terdapat 3 buah, satu di Shibuya, Akita dan tempat kelahiran Hachiko, Odate.



Patung Hachiko di depan Stesen Shibuya.
Macam ni lah gambaran Hachiko menunggu tuan dia






Yang ni pula Hachiko aku yang setia menanti makanan kegemaran dia...
Gaya duduk menanti tu dah sama dah ngn Patung Hachiko kat Shibuya tuh... :)

Kepada yang berminat untuk menonton cerita Hachiko ni,.... korang boleh dapatkan dalam dua siri sama ada siri omputeh nyer or original made from Jepun.



Hachiko A Dogs Tale (2009)


Hachiko Monogatari (1987)


Aku sempat tengok versi Jepun ni ja. Yang english story nya aku sendiri pun tak sempat nak tengok lagi. So aku tak berani nak komen apa-apa sangat yang mana lebih best. Tapi yang pasti air mata aku memang meleleh masa tengok cerita Hachiko ni.... so sad T_T 
So korang jangan lupa tengok ye cerita ni. Banyak manfaat dan masej yang tersampai dalamnya... last word Happy Watching.... 













No comments:

Post a Comment