JellyPages.com

*!milaQalisya!*

*!milaQalisya!*

Friday 2 October 2015

Isu Kembiri Kucing






Fatwa Jakim Mengenai Mengembirikan Binatang Peliharaan
Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut :
Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahatummah.
All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community.
After studying the messages of the aforementioned mazhab’s and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of ‘maslahat’ is acceptable. It is in agreement with ‘qaedah’ (way) Fiqhiyyah which states “To choose the lesser of two evils”. - Felinemalaysia.com


TIGA FAKTA MENARIK TENTANG KUCING

Selamat pagi meowenders... Dah sarapan di pagi minggu ni.. Harap uols semua sihat-sihat hendaknya.. Lama jugak rasanya Melly tak berblog sampai naik sawanglah...

Kalau bukan Chiko yang ingatkan suruh tambah cerita mereka dalam ni memang berdebu dan terkubur rasanya blog ni...

Anyway.., hari ni kita tambah ilmu sikit tentang kucing kesayangan kita... meow...moew...

3 FAKTA MENARIK TENTANG KUCING YANG KORANG PERLU TAHU



1. Kucing Jarang Mengatakan "MEOWW" Pada Kucing Lain
Walaupun kita pernah mendengar kucing meow untuk mengambil perhatian kucing lain, tapi ini jarang berlaku. Hal ini kerana komunikasi antara kucing umumnya dilakukan secara non-verbal. Kucing akan menjilat dan sering gurau satu sama lain untuk berkomunikasi..





2. Kucing & Tempat Makan / Minum Mereka Susah Dipisahkan
Oleh kerana kucing adalah pemburu semulajadi, mereka biasa mencari makanan di kawasan yang berdekatan dengan sumber air. Namun kucing moden tiada deria ini kerana semua keperluan telah disediakan oleh tuan Si Bulus. Inilah yang menjadi alasan mengapa kucing hanya minum di kawasan yang berdekatan dengan sumber makanan...





3. Kucing & Manusia 
Kebanyakan kucing betina umumnya menggunakan kaki kanan mereka, sementara kucing jantan sering menggunakan kaki kiri mereka. Yang menarik adalah 90% dari manusia menggunakan tangan kanan mereka sedangkan hanya 10% bakinya menggunakan tangan kiri (kidal). Mengapa ini berlaku?? Ini adalah kerana disebabkan pembahagian otak kucing hampir sama dengan otak manusia.


Raya 2015

Thursday 1 October 2015

Our Page

Hai semua,... Chiko harap.., Acik-acik semua boleh LIKE FANPAGE CHIKO... boleh tekan LIKE dibawah

Wednesday 19 August 2015

Saturday 27 June 2015

Chiko's Little ROOM Page

Salam 11 Ramadhan buat semua blogger2 especially CatsLover.

Di sini Chiko ingin memberitahu dan memohon jasa baik acik-acik semua untuk like page Chiko's Little ROOM di facebook masing-masing... 

Page ini diwujudkan sebagai usaha untuk membantu kucing-kucing jalanan. Dengan setiap pembelian akan digunakan untuk membeli maknanan kepada kepada kucing-kucing tersebut. 

Atas keperihatinan Chiko terhadap kucing-kucing jalanan yang terpaksa survive as a lone ranger, maka wujudlah page ini.  

Acik Melly tidak mampu untuk membela semua stray cat kat luar sana, tetapi dengan pertolongan acik-acik semua, diharap mampu untuk mengubah sedikit nasib mereka...

Tidak guna jika kita hanya bersimpati dengan nasib mereka tetapi tiada usaha untuk kita membantu mereka.. 

Chiko cumalah kucing biasa bukan peniaga yang membeli barangan yang dijual secara online ini dengan harga pemborong kerana Chiko juga adalah customer seperti acik-acik juga... Harga yang ditawarkan sangat berpatutan..

Chiko sangat-sangat berharap dengan idea ini, kita dapat membantu kucing-kucing jalanan ini mendapat kesihatan yang lebih baik ^_^

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!... eh silap lak...


LIKE jangan tak like yer




welcome to our Family!

Hai... ini Memey.. Aku baru adopt Jumaat lepas bersamaan 9 Ramadhan = 26 Jun 2015. 
Memey ni bukanlah kucing gelandangan ke kene buang ke. Tapi dia kucing bertuan... Atas sebab-sebab tertentu yang tidak membolehkan tuannya untuk membelanya, jadi aku pun adopt la dia.

Aku sendiri pun memang dah lama nak cari kucing yang kaler putih salju ni.. Siap berangan nak bubuh nama dia Neko, boleh la geng dengan Chiko kan. Tapi sebab sejak lahir dia telah di panggil dengan nama Memey, aku pun takde lah rasa nak tukar panggil princess Elsa ke apa ke... Jadi aku kekalkan dengan panggilan Memey atau nama Jepun nya Hime... 


Memey in the house...! She come like a princess

Mula-mula masuk rumah, mestilah kena ada sesi suai kenalkan... Memey ni punyalah malu mana tak nya masuk-masuk je dah kena interview dengan jejaka-jejaka tampan lagi macho, siapa lagi kalau bukan Hachiko dengan Tommy Oreo...


Inilah hero-hero nya... Kucak bergaya kan 

Memey pun sama macam Chiko masa mula-mula adopt dulu. Tak nak makan tak nak minum tak nak berak tak nak kencing. Siap nyorok bawah tilam lagi gara-gara kena ngorat dengan Abam-abam encem nih. 


Mencari tempat perlindungan daripada paparazi yang sibuk nak interview 

Itulah dia Memey. Mula-mula ni agak garang jugalah. Nak main tapi bila Si Jantan mendekat, keluarlah bunyi Haishhh dia tuh. 

Model 1st Year in 2015

Harap-harap Memey dapat menyesuaikan diri dalam family kecil aku dan Hachiko ^_^ dan seterusnya family besar aku di kampung tempat kelahiranku...

 I LOVE MANJUNG 




Monday 18 May 2015

Andai Itu Takdirku....

Selamat berhujung minggu semua..!

Pejam celik pejam celik kejap je dah habis seminggu bekerja. Sabtu dan Ahad hari yang sangat aku tunggu sebabnya, hari-hari ni je lah aku boleh spent 24 jam dengan Hachiko. Tapi kadang cuti hujung minggu terpaksa tinggalkan dia juga kalau-kalau aku keluar pergi window shopping. Ambil angin katakan... 

Tiap kali keluar, tiap kali tu jugalah hati ni sentiasa teringat Chiko kat rumah. Jadi sebagai hadiah penantian dia menunggu tuannya balik rumah ni, aku tak lupa belikan dia mainan. hehehe... Hari tu jalan-jalan Bandar George Town terjumpa dengan batang rod nih... Tengoklah aksi dia tu, pandang dengan air muka yang pelik. 



Hachiko : - Benda apa berbulu-bulu ni Acik Melly 
Acik Melly :- CIK T!




Hachiko :- What?? tikus dalam rumah kita?! Acik Melly seru dia ke?? Mai kita nak tangkap kasi bunuh sama dia.
Acik Melly :- Banyaklah kau punya seru.! Kau ingat rumah Acik Melly ni kotor sangat ke sampai nak seru-seru bagai. 


Ada ke patut Chiko cakap aku seru tikus. Masa ni aku dok sibuk punggah barang yang aku shopping tadi. Kejap keluar bilik kejap masuk dapur. Pergi ja ke ruang tamu, aku nampak Si Debab ni dah masuk pun dalam kotak tempat letak kasut aku ni...!




Hachiko :- Liat betul nyawa kau ye Cik T. Amboi Acik Melly sesedap rasa je ngumpat badan kita ni ye. Ingat telinga capang kita ni tak dengar. 




Acik Melly :- eh..eh... bila pula orang ngumpat kamu. kalau ngumpat tu cakap belakang-belakang tau. Sekarang Acik Melly cakap depan-depan. Dah memang betul pun kan badan kamu tu besar macam anak rimau. Tu la kamu tu malas sangat nak exercise, baru ajak jogging sikit dah mengah-mengah. 




Hachiko :- Kita bukan mengah la, kita ambil nafas ja. 
Acik Melly :- Iye ke?? tu baru main 10 minit dah parking apa cer..??!





Pada masa ni, mata aku ternampak budak Debab ni dok skodeng harga box tu. Haish jangan dia kepoh sudah. Karang satu kampung riuh. Bukan aku tak tau perangai Chiko ni. Tak boleh simpan rahsia langsung.  




Hachiko :- Alah kitew kepoh pun dekat uncle jual botol tu ja. Tiada kena mengena antara yang hidup dan yang telah pergi pun.. Kenapalah liat sangat nyawa kau ni Cik T..! Aku dah berpeluh nak tangkap kau ni. Jangan sampai deadorant aku hilang bau. Masak kau karang aku kerjakan.





" Woi Cik T kau ni makan apa ye. Ape yang liat sangat nyawa kau ni. Kang aku hempap dengan perut aku ni kang?"

Amboi Haciko, over betul lakonan kau tu. Mantap. Boleh menang Anugerah Bintang Popular ni. Kategori Pelakon Paling Merapu. 




" Ape Acik Melly ni, tak hargai usaha kitew langsung. Tengok finally!! dapat juga kitew tangkap Cik T ni... Panggang pun sedap ni."


Eeeiii apa panggang-panggang geli lah walaupun tu mainan je. Loya tekak Acik Melly dengar. Dari kau makan tikus tu baik kau pergi gosok gigi tu. Dah lewat malam ni kang tak gosok gigi esok gigi kau patah jangan cari Acik Melly. Ada faham?!!



" Errmm... apalah.. mainan je ke. Penat kitew usaha nak tangkap. Ingat boleh buat sup malam ni.."

"HACHIKOOOO!!!!"


Sunday 17 May 2015

Sundate Blues #1




Seronok dia dapat guling-guling atas katil tu... LAZY SUNDATE 

Saturday 16 May 2015

Aku, Kucing dan Anime

Dalam hidup ni, selain drama Melayu ada tiga lagi yang aku suka layan; 1) Hindustan 2) Korea 3) Jepun. English?? No wonder lah diorang dah lama tebarkan sayap so tak ada apa-apa yang special pun dengan diorang.

Aku suka Cerita Hindustan sebab lagu-lagunya. Aku suka cerita Korea sebab tempat-tempatnya yang sangat menarik yang ditonjolkan dan dipromote dalam setiap drama diorang. Aku suka Jepun sebab Animenya... ^_^

Satu yang nak aku cerita tentang Jepun ni (tak pernah lupa dulu mereka pernah jajah kita) diorang memang fanatik kucing ni. Bila aku tengok Prince of Tennis watak utama Echizen ada bela seekor kucing jenis Himaya yang diberi nama Karupin. Berumur 2 Tahun, Karupin seekor kucing yang sangat manja, selalu tidur dan bermain dalam bilik Echizen. Orang Jepun ni juga mengilhamkan yang kucing ni bijak. Kalau korang tengok anime ni korang boleh nampak dalam episod 27 yang mana bila Karupin nampak toy dia dalam beg Echizen, dia sanggup follow tuannya sampai ke sekolah semata-mata nak kan toy dia tu.


Karupin. Umur 2 tahun. Lahir bulan Mac. Jenis Himaya.


Ni masa Karupin dok merayau-rayau kat
sekolah Ryoma Echizen cari toy dia

Comel kan., Dalam cerita ni juga, orang Jepun cuba sampaikan yang hubungan kucing dan tuannya ibarat ombak dan pantai tidak dapat pisahkan. Orang cakap anjing tu setia. Tapi kesetiaan kucing ni lebih baik dari anjing. Tu pada pandangan aku je.


Dari anime diorang realkan. KAwaii



Tengok aksi kucing macam ni jiwa memang tenang

Then aku tengok pula Anime Bleach. Katun ni kisahnya lebih kepada  Soul Reaper or Shinigami ( Malaikat Maut). Watak utama dia dah tentu la Si Hensem Kurosaki Ichigo. Tapi sekarang ni aku nak cerita pasal kuicng. Nama kucing dalam cerita ni  yoruichi shihōin. Dia seorang perempuan tetapi mempunyai kelebihan untuk bertukar menjadi seekor kucing. Macam dalam cerita Harry Potter tu. Kucing ni juga digambarkan sangat bijak pandai. 


 yoruichi shihōin


Ni tuan asalnya sebelum dia menjelma jadi seekor kucing.
Smart sangat kan 


Next story pula, kucing dalam Anime Black Butler. Keseluruhan cerita ni mengenai Ciel seorang anak muda yang kehilangan ahli keluarganya dengan cara yang kejam. Setelah kehilangan keluarganya, Ciel telah ditangkap untuk didagangkan dan dibeli oleh seorang jutawan untuk dikorban. Pada saat kematiannya sudah dekat, ia pun membuat kesepekatan dengan iblis, ia menukar jiwanya untuk membalas dendam kepada orang-orang yang telah membunuh keluarganya.



Ni Sebastian jelmaan iblis yang diseru oleh Ciel. 

Yang ni kalau sesiapa yang tak kenal aku pun tak tahu nak cakap apa dah. Anime yang sememangnya kucing adalah watak utama dan sangat dikenali diseluruh dunia DOREMON. Watak kucing biru berkepala besar merupakan watak animasi yang dicipta oleh Fujiko F.Fujio. Ia mengisahkan robot kucing berwarna biru tanpa telinga yang datang dari abad ke-22 dan telah berjumpa dengan seorang budak lelaki bernama Nobita yang mahu mengubah nasib keluarganya.





Dalam cerita anime Jepun ni, watak kucing tu bukan saja-saja je diorang nak letak. Semua tu sebab diorang memang agungkan kucing ni. Bila aku cari gali memang ada sejarah pasal kucing ni kat Jepun. Tak ketinggalan juga HELLO KITTY dari Jepun pun sangat femes tu. tapi dulu aku ada terbaca yang pencipta Hello kitty ni cakap ilham dia bukan datang dari seekor kucing. Watak Hello Kitty tu seorang manusia katanya yang digambarkan mempunyai muka macam kucing. Heheh nanti kalau aku dah jumpa source yang betul dan sahih aku info dalam entri akan datang ok.





Thursday 7 May 2015

Kepulangan yang dinanti


Setiap kali aku balik dari kerja, situasi beginilah yang terjadi... Masa ni aku baru je nak adjusted parking kereta. Then bila nak undurkan kereta, tetiba mata aku ternampak susuk tubuh sekor makhluk yang sangat aku kenal.




Gambar ni aku ambil dari pandangan hadapan. memang rutin Si Ryu ni kalau dengar ja enjin kereta aku mesti dia dah parking dulu depan rumah tu..





This time pandangan sisi yang mana aku masih berada dalam kereta lagi. Nampak tak muka dia tuh, menanti dengan penuh sabar kan ;-)






Yosh!! Ryu tunggu Acik Melly balik ya. Nanti Acik Melly bagi upah ok. Ryu nak makan Dry Food atau Wet Food ni





Betul ke ni Acik Melly.. 0_0 bestnya.. Pilihan Ryu mestilah Evo Kitten Wet Food. Sedap tau Acik Melly. Terasa Ayam Turkey je bila kita mamam... Nyum..Nyum..Nyum... cepat la masuk rumah Acik Melly kita nyidam dah ni.





Amboi Acik Melly tak tahu pulak kucing pun boleh ngidam. Yang lagi Acik Melly konfius sekarang ni kamu tu bukan jantan ke. Ngidam-ngidam ni orang perempuan ngandung je tau. 





Alah Acik Melly ni, tengok perut la.. Memang betul kita tengah ngidam ni.. Cepat la sikit buka pintu tu ke nak kita yang tolong buka kunci pintu nih. 





Amboi kau gaya macam boleh pegang je tangan tu dengan kunci ni. Suruh basuh pinggan makan pun belum tentu pass ada hati nak tolong buka pintu ni ye..

Alah Acik Melly ni orang gurau je lah. nak tolong angkat handbag Acik Melly memang tak lepas tu yang kita offer nak buka kunci pintu tu.





Ada-ada je kamu ni. Ye la jom masuk. Jangan lupa baca Bismillah dulu dan bagi salam sebelum nak masuk.






JAPANESE CAT NAMES

Japanese cat names make a great choice if you are looking for an original cat name. What is a good Japanese name? That depands on what you're a looking for...




Tu dia introduction tak nak kalah. Nak juga cakap London ye. Mentang-mentang lah aku pakai title bahasa omputeh, so intro pun kena ada speaking cikit lah. Hehehe....

Macam yang korang nampak, hari ni aku nak sembang-sembang sikit pasal nama apa yang korang boleh bagi atau nak panggil kucing korang.

Kenapa mesti Jepun? Kenapa bukan Malay? Kalau Melayu aku tahu dah nama-nama yang korang suka bagi macam Si Comot la Si belang lah Si Jebat la Si Pak Tam la Si Mek Na la. Jadi benda-benda tu semua aku tak payah nak ajar dah. Apa yang aku nak bagi ni hanya sebagai tambahan pada pilihan-pilihan nama yang sedia ada atau korang rasa nak bunyi lain daripada yang lain.


This Mr.Arrogant i called it HACHIKO

Aku memang gila dengan Jepun ni. Aku sendiri tak tahu kenapa tapi aku memang suka keunikan yang ada dekat perkataan atau suku kata bahasa Jepun. Japanese name have a unique beauty in and of themselve. But they become even more special once you know their meaning.

Dan kalau korang nak tahu kat Jepun ni ada satu tempat yang dipanggil "NEKOSHIMA". Nekoshima ni merupakan satu tempat yang mana populasi kucing melebihi populasi penduduknya.

Take a look at the list below://

Untuk kuicng Gegel

Aiko - Child of Love
Aimi - Lovely Beauty
Amaya - Night Rain
Asami - Morning Beauty
Aya - Colorful , Design
Ayaka - Color-Flower

Chie - Wisdom
Chika - Scattered Flower
Cho - Butterfly

Eiko - Eternal Child
Emi - Beautiful Blessing
Eri - Blessed gift

Haruki - Springtime tree
Hideko - Splendid Child
Hikari - Radiance
Hiromi - Abundant Beauty
Hoshi - Star
Hotaru - Firefly

Kei - Blessed Lucky
Keiko - Blessed Child
Kyoko - Child of The City

Mai - Dance
Masako - Elegent Child
Mi - Beauty
Michi - Pathway
Midori - Green
Miki - Beautiful Princess

Naoko - Esteemed
Nori - Ceremony, regalia
Noriko - Law Child

Rei - Spirit
Reiko - Lovely Child
Ryoko - Bright Child

Saki - Blossom
Sayuri  - Lily
Sora - Sky

Yoko - Sunny Child
Yori - Public Servant
Yoshie - Beautiful River


Untuk kucing Boboi

Akihiko - Bright prince
Akihiro - Big Glory
Akira - Bright

Dai - Great
Daiki - Great Glory
Daisuke - Great Helper

Hideki - Splendid Opportunity
Hideo - Splendid Man
Hiroki - Abundant Joy
Hiroshi - Generous, prosperous
Hisashi - long-live
Hisoka - Reserved

Ichiro - First Son
Isamu - Courage
Isao - Honor, Merit

Jiro - Second Son
Jun - Obedient
Juro - Tenth Son

Katsumi - Self-controlled
Katsuo - Victorious Child
Katsuro - Victorious Son
Ken - Healthy , Strong
Kenji - Healthy Son
Kin - Gold
Kioshi - Pure
Koji - Shining Second Son
Kuro - Ninth Son

Makoto - Sincere, true
Masaaki - True Brightness
Masaki - Flourishing Tree
Michio - Man in the Right Path
Minoru - Truth
Mitsuo - Shinning Man

Nao - Docile
Nobu - Faith
Norio - Man of Law

Shin - Belief
Shiro - Fourth Son
Sho - To Fly

** Hopefully, korang dah ada pilihan nak namakan apa kat Si Comel korang... please enjoy it ^_^

Menaki-Neko



Friday 1 May 2015

Travelling bersama Kucing

Bila korang nak pulang ke kampung atau bercuti, perlu ke korang membawa kucing bersama atau tidak? Tu lah persoalan pertama aku bila aku bela Chiko kat rumah sewa aku di Pulau Pinang. Masa nak bela dulu excited lebih sampai tak fikir pun kat mana aku nak letak Chiko ni kalau aku tak ada kat rumah... Tiong...tiong...tiong.... Pening kepala sejenak jugalah. Tak pernah buat kerja ni tetiba dapat kerja kan...

kalau nak cakap aku ni kewangan kukuh untuk diri sendiri tu boleh lah... Jadi memang takde dalam kamus hidup aku nak mendapatkan khidmat boarding. Boarding ni memang memudahkan untuk korang bila kena outstation or nak bercuti or nak balik kampung. Tapi pastikan dulu keadaan sangkar dan persekitaran udara di situ. Kalau sangkarnya kecil, tanya mereka samada kucing itu akan dilepaskan atau tidak untuk meregangkan otot. Begitu jugalah dengan makanan dan kotak najis yang disediakan.

Dah tentulah aku memang ada carrier tu. Cumanya sebelum ni aku tak pernah bawa mana-mana kucing naik kereta untuk perjalanan yang agak jauh juga lah. 1st time aku bawa Chiko naik kereta, dalam carrier tu macam-macam aku bubuh. Makanannya lah pasir nya lah... After buat revision kat internet barulah aku tau yang selama ni konsep aku tu salah... hahahaaa....

Satu lagi, kalau naik ja kereta kompem ko kena tadah telinga dengar lagu dong dang sayang Hachiko yang nyaring tu. Mak aiiii... mulanya tu boleh la juga tahan pekakkan telinga. Then aku lawan dengan buka radio kuat-kuat dengan harapan Hachiko pun boleh layan lagu kat radio tu.. Malangnya, lagi kuat aku buka volume lagu tu, lagi kuat juga la Chiko berdong dang sayang... Then aku off radio. Pakai suara original aku nyanyikan lagu untuk Hachiko dengan harapan dia terdodoi lah dengar suara merdu aku, owner dia kan... Hahaha..... same situation gak rupanya. Dia ingat kite sembang dengan dia kot. makin kuat juga la maklum balas dari Hachiko... Penyudahnya aku senyap buat bodoh layan kan aja lagu dong dang sayang Hachiko tu...

45min perjalanan akhirnya...suasana tenang aman dan damai. Usha kat seat sebelah pemandu aku nampak Chiko tidur tenangkan diri dia.. Thanks God. Baru aku boleh pay attention driving. Sejam lebih perjalanan, tetibe deria bau aku menangkap sesuatu bau yang sangat lah...!@#$%^&**@!!
ok fine! Chiko buat projek baking kuih muih dalam carrier dia...! what the !@#$%^&**! Setelah telinga ku dibasahi dengan luahan penuh dramatic Chiko tadi kini hidungku pula dipaksa mengadap bau fresh air yang meloyakan tu... Takpe, aku sabar lagi. Gagahkan diri cari R&R terdekat pulun basuh ape yang perlu dibasuh....

Perjalanan aku ketika itu penuh dengan drama ala-ala macam ada bunga sakura yang gugur mengiringi perjalanan aku...

Terasa tak dramanya disitu

Disebabkan kenangan ni lah, membuatkan aku dengan penuh iktikad cari Mister Google explore sebanyak mungkin ilmu tentang tips yang sebetulnya untuk membawa kucing menaiki kereta dalam tempoh yang panjang atau bahasa mudah travelling.


  • Perkara asas yang mesti korang tahu, jangan sesekali letak makanan atau minuman dalam cage atau carrier. Semua tu buat kotor cage ja dan paling kesian bila korang letak makanan dan minuman ni dan ambil space tau. Travelling cage tu sendiri pun tak besar mana then tambah plak mangkuk air dan mangkuk makanan tak ke bertambah kecil ruang kucing kau nak duduk nanti.. Dulu memang aku buat sebab tak taw, tapi sekarang sumpah aku tak buat dah. SERIK!!

  • Kosongkan perut kucing korang sebelum memulakan perjalanan. Bagi dia puasa dalam 2-3 jam sebelum travel. Takut nanti kucing kau terberak ke terkencing ke ataupun muntah. Paling lama aku pernah bawa Chiko travel ialah 3 jam. Perjalanan dari Pulau Pinang ke Manjung. 1st time dulu sebab buta info, aku dah terkena bila mana Chiko terberak dalam carrier dia dan aku terpaksa menahan nafas almost 1 hour sebelum nak sampai ke R&R terdekat. (xmo ingat dah)

  • Kalau letak dalam carrier atau cage, pastikan korang alas tebal-tebal dengan towel ke kain lampin ke kain batik ke kain buruk ke supaya diorang tak rasa mabuk sangat bila dok dalam tu. Dan kalau diorang terkencing pun at least kain tu ada boleh serap. kalau  cara aku pula, dah buh kain atas nya letak pulak surat khabar. Senang terus je buang paper tu if anything happened.

  • Kalau kucing tu jenis kuat berdong dang sayang macam Hachiko, tutup cage dengan kain. Biar dia bergelap konon macam duduk dalam gua. Sebab Chiko memang suka lepaking dalam toilet sampai tidur malam pun nak dalam toilet yang sejuk dan gelap macam gua tu, so tips ni memang sangat berguna. 

  • Tapi kalau still dia memekak tahap dewa juga, Baca AYAT KURSI dengan niat semoga Allah S.W.T permudahkan perjalanan korang, lepas tu hembus perlahan-lahan kat muka kucing tu. Yep In Sha Allah its worked. Mula aku baca sekali, Chiko still berbunyi. But after 2-3 reciting, slowly Hachiko mula cool down sampailah dia terlena. Its true. Coz masa aku nyanyi ikut lagu dalam radio lagi kuat pula dia melawan teriak. Tapi bila radio off then try this tip its really worked. Tapi tak semua situasi kucing tu sama. but tak salah kalau korang cuba advice aku ni... free je tak kena cas GST pun wehh..


Ni la budak yang jakun naik kereta

Lain-lain teori pun aku dapat juga. Satu habit aku ni kalau aku rasa aku nak sesuatu memang aku akan cari sampai jumpa dan aku akan make sure aku dapat. So kat sini ada lagi beberapa penambahan ilmu yang aku salin dari blogger lain. Sharing is Caring kan... Bagi aku tak salah pun aku ciplak cerita orang selagi aku tak ngaku yang idea tu copyright aku sendiri. Kalau kita jawab exam pun, ada keyword yang sama tapi pengolahan yang berbeza.. Jadi aku nak share lagi tip-tip yang boleh korang guna pakai untuk keuntungan dua-dua pihak. Pihak kau dan juga Kucing kau.


1) LATIHAN
  • Kucing banyak berkomunikasi melalui deria bau kan. Jadi, latihlah kucing kome menaiki kenderaan. Biasakan mereka menaiki kenderaan walaupun kome hanya nak ke kedai runcit yang jaraknya 2km je. Latihan ni membolehkan kucing korang biasa dengan bau kereta dan ruang luasnya kerata korang. 


2) SANGKAR
  • Permulaan latihan, korang boleh mulakan dengan memasukkan Si Comel ke dalam pet carrier atau cage dan letakkan di dalam kereta sebagai langkah membiasakan Anak Bulus dengan kereta korang. Pastikan perjalanan mengambil masa yang singkat dan trip yang berikutnya pada hari yang berlainan boleh dipanjangkan waktu perjalanannya. 


3) ID TAG / NAME TAG
  • Pastikan kucing korang memakai Id Tag / Tag nama bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini. Ramai yang memandang remeh keadaan ini. Dengan pemakaian tag yang mempunyai maklumat seperti nama dan nombor telepon owner, kita dapat mengelakan perkara seperti berikut://


Ni Hachiko punya Id Tag. Belakangnya aku boh no.tel aku 

  • Sekiranya berlaku kecuaian yang menyebabkan Si Comel hilang, pihak yang menjunpai (sekiranya ada moral sivik dan baik hati) - boleh menghubungi kita untuk mendapatkan balik Si Comel.

  • Jika berlaku kemalangan, dan kita berada di tahap tidak sedarkan diri, pihak yang bertanggungjawab seperti polis atau pihak hospital juga orang ramai sekurang-kurangnya boleh menghubungi nombor yang tertera pada Id Tag Si Comel untuk menyerahkan dia pada keluarga terdekat kita. 
korang boleh dapatkan Id tag ni kat sini http://www.catsgarden.com.my/  ataupun di sini



4) KEPERLUAN 
  • Penyediaan keperluan kucing seperti litter box atau litter tray, pet mat & makanan kucing amat berguna. Sekiranya perjalanan mengambil masa yang lama, pastikan korang berehat atau singgah di R&R supaya Si Comel tadi berpeluang melepaskan stress. Kucing mudah kencing selepas 2-3 jam perjalanan kerana air-cond. Segera sediakan kotak pasir dan biarkan kucing dalam kereta seketika sementara anda ke tandas atau mengisi minyak kereta. 

p/s ;// ** JANGAN TINGGALKAN KUCING KORANG DALAM KERETA TANPA AIRCOND ATAU KETIKA CUACA PANAS