JellyPages.com

*!milaQalisya!*

*!milaQalisya!*

Friday 1 May 2015

Travelling bersama Kucing

Bila korang nak pulang ke kampung atau bercuti, perlu ke korang membawa kucing bersama atau tidak? Tu lah persoalan pertama aku bila aku bela Chiko kat rumah sewa aku di Pulau Pinang. Masa nak bela dulu excited lebih sampai tak fikir pun kat mana aku nak letak Chiko ni kalau aku tak ada kat rumah... Tiong...tiong...tiong.... Pening kepala sejenak jugalah. Tak pernah buat kerja ni tetiba dapat kerja kan...

kalau nak cakap aku ni kewangan kukuh untuk diri sendiri tu boleh lah... Jadi memang takde dalam kamus hidup aku nak mendapatkan khidmat boarding. Boarding ni memang memudahkan untuk korang bila kena outstation or nak bercuti or nak balik kampung. Tapi pastikan dulu keadaan sangkar dan persekitaran udara di situ. Kalau sangkarnya kecil, tanya mereka samada kucing itu akan dilepaskan atau tidak untuk meregangkan otot. Begitu jugalah dengan makanan dan kotak najis yang disediakan.

Dah tentulah aku memang ada carrier tu. Cumanya sebelum ni aku tak pernah bawa mana-mana kucing naik kereta untuk perjalanan yang agak jauh juga lah. 1st time aku bawa Chiko naik kereta, dalam carrier tu macam-macam aku bubuh. Makanannya lah pasir nya lah... After buat revision kat internet barulah aku tau yang selama ni konsep aku tu salah... hahahaaa....

Satu lagi, kalau naik ja kereta kompem ko kena tadah telinga dengar lagu dong dang sayang Hachiko yang nyaring tu. Mak aiiii... mulanya tu boleh la juga tahan pekakkan telinga. Then aku lawan dengan buka radio kuat-kuat dengan harapan Hachiko pun boleh layan lagu kat radio tu.. Malangnya, lagi kuat aku buka volume lagu tu, lagi kuat juga la Chiko berdong dang sayang... Then aku off radio. Pakai suara original aku nyanyikan lagu untuk Hachiko dengan harapan dia terdodoi lah dengar suara merdu aku, owner dia kan... Hahaha..... same situation gak rupanya. Dia ingat kite sembang dengan dia kot. makin kuat juga la maklum balas dari Hachiko... Penyudahnya aku senyap buat bodoh layan kan aja lagu dong dang sayang Hachiko tu...

45min perjalanan akhirnya...suasana tenang aman dan damai. Usha kat seat sebelah pemandu aku nampak Chiko tidur tenangkan diri dia.. Thanks God. Baru aku boleh pay attention driving. Sejam lebih perjalanan, tetibe deria bau aku menangkap sesuatu bau yang sangat lah...!@#$%^&**@!!
ok fine! Chiko buat projek baking kuih muih dalam carrier dia...! what the !@#$%^&**! Setelah telinga ku dibasahi dengan luahan penuh dramatic Chiko tadi kini hidungku pula dipaksa mengadap bau fresh air yang meloyakan tu... Takpe, aku sabar lagi. Gagahkan diri cari R&R terdekat pulun basuh ape yang perlu dibasuh....

Perjalanan aku ketika itu penuh dengan drama ala-ala macam ada bunga sakura yang gugur mengiringi perjalanan aku...

Terasa tak dramanya disitu

Disebabkan kenangan ni lah, membuatkan aku dengan penuh iktikad cari Mister Google explore sebanyak mungkin ilmu tentang tips yang sebetulnya untuk membawa kucing menaiki kereta dalam tempoh yang panjang atau bahasa mudah travelling.


  • Perkara asas yang mesti korang tahu, jangan sesekali letak makanan atau minuman dalam cage atau carrier. Semua tu buat kotor cage ja dan paling kesian bila korang letak makanan dan minuman ni dan ambil space tau. Travelling cage tu sendiri pun tak besar mana then tambah plak mangkuk air dan mangkuk makanan tak ke bertambah kecil ruang kucing kau nak duduk nanti.. Dulu memang aku buat sebab tak taw, tapi sekarang sumpah aku tak buat dah. SERIK!!

  • Kosongkan perut kucing korang sebelum memulakan perjalanan. Bagi dia puasa dalam 2-3 jam sebelum travel. Takut nanti kucing kau terberak ke terkencing ke ataupun muntah. Paling lama aku pernah bawa Chiko travel ialah 3 jam. Perjalanan dari Pulau Pinang ke Manjung. 1st time dulu sebab buta info, aku dah terkena bila mana Chiko terberak dalam carrier dia dan aku terpaksa menahan nafas almost 1 hour sebelum nak sampai ke R&R terdekat. (xmo ingat dah)

  • Kalau letak dalam carrier atau cage, pastikan korang alas tebal-tebal dengan towel ke kain lampin ke kain batik ke kain buruk ke supaya diorang tak rasa mabuk sangat bila dok dalam tu. Dan kalau diorang terkencing pun at least kain tu ada boleh serap. kalau  cara aku pula, dah buh kain atas nya letak pulak surat khabar. Senang terus je buang paper tu if anything happened.

  • Kalau kucing tu jenis kuat berdong dang sayang macam Hachiko, tutup cage dengan kain. Biar dia bergelap konon macam duduk dalam gua. Sebab Chiko memang suka lepaking dalam toilet sampai tidur malam pun nak dalam toilet yang sejuk dan gelap macam gua tu, so tips ni memang sangat berguna. 

  • Tapi kalau still dia memekak tahap dewa juga, Baca AYAT KURSI dengan niat semoga Allah S.W.T permudahkan perjalanan korang, lepas tu hembus perlahan-lahan kat muka kucing tu. Yep In Sha Allah its worked. Mula aku baca sekali, Chiko still berbunyi. But after 2-3 reciting, slowly Hachiko mula cool down sampailah dia terlena. Its true. Coz masa aku nyanyi ikut lagu dalam radio lagi kuat pula dia melawan teriak. Tapi bila radio off then try this tip its really worked. Tapi tak semua situasi kucing tu sama. but tak salah kalau korang cuba advice aku ni... free je tak kena cas GST pun wehh..


Ni la budak yang jakun naik kereta

Lain-lain teori pun aku dapat juga. Satu habit aku ni kalau aku rasa aku nak sesuatu memang aku akan cari sampai jumpa dan aku akan make sure aku dapat. So kat sini ada lagi beberapa penambahan ilmu yang aku salin dari blogger lain. Sharing is Caring kan... Bagi aku tak salah pun aku ciplak cerita orang selagi aku tak ngaku yang idea tu copyright aku sendiri. Kalau kita jawab exam pun, ada keyword yang sama tapi pengolahan yang berbeza.. Jadi aku nak share lagi tip-tip yang boleh korang guna pakai untuk keuntungan dua-dua pihak. Pihak kau dan juga Kucing kau.


1) LATIHAN
  • Kucing banyak berkomunikasi melalui deria bau kan. Jadi, latihlah kucing kome menaiki kenderaan. Biasakan mereka menaiki kenderaan walaupun kome hanya nak ke kedai runcit yang jaraknya 2km je. Latihan ni membolehkan kucing korang biasa dengan bau kereta dan ruang luasnya kerata korang. 


2) SANGKAR
  • Permulaan latihan, korang boleh mulakan dengan memasukkan Si Comel ke dalam pet carrier atau cage dan letakkan di dalam kereta sebagai langkah membiasakan Anak Bulus dengan kereta korang. Pastikan perjalanan mengambil masa yang singkat dan trip yang berikutnya pada hari yang berlainan boleh dipanjangkan waktu perjalanannya. 


3) ID TAG / NAME TAG
  • Pastikan kucing korang memakai Id Tag / Tag nama bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini. Ramai yang memandang remeh keadaan ini. Dengan pemakaian tag yang mempunyai maklumat seperti nama dan nombor telepon owner, kita dapat mengelakan perkara seperti berikut://


Ni Hachiko punya Id Tag. Belakangnya aku boh no.tel aku 

  • Sekiranya berlaku kecuaian yang menyebabkan Si Comel hilang, pihak yang menjunpai (sekiranya ada moral sivik dan baik hati) - boleh menghubungi kita untuk mendapatkan balik Si Comel.

  • Jika berlaku kemalangan, dan kita berada di tahap tidak sedarkan diri, pihak yang bertanggungjawab seperti polis atau pihak hospital juga orang ramai sekurang-kurangnya boleh menghubungi nombor yang tertera pada Id Tag Si Comel untuk menyerahkan dia pada keluarga terdekat kita. 
korang boleh dapatkan Id tag ni kat sini http://www.catsgarden.com.my/  ataupun di sini



4) KEPERLUAN 
  • Penyediaan keperluan kucing seperti litter box atau litter tray, pet mat & makanan kucing amat berguna. Sekiranya perjalanan mengambil masa yang lama, pastikan korang berehat atau singgah di R&R supaya Si Comel tadi berpeluang melepaskan stress. Kucing mudah kencing selepas 2-3 jam perjalanan kerana air-cond. Segera sediakan kotak pasir dan biarkan kucing dalam kereta seketika sementara anda ke tandas atau mengisi minyak kereta. 

p/s ;// ** JANGAN TINGGALKAN KUCING KORANG DALAM KERETA TANPA AIRCOND ATAU KETIKA CUACA PANAS 

No comments:

Post a Comment