JellyPages.com

*!milaQalisya!*

*!milaQalisya!*

Saturday 16 May 2015

Aku, Kucing dan Anime

Dalam hidup ni, selain drama Melayu ada tiga lagi yang aku suka layan; 1) Hindustan 2) Korea 3) Jepun. English?? No wonder lah diorang dah lama tebarkan sayap so tak ada apa-apa yang special pun dengan diorang.

Aku suka Cerita Hindustan sebab lagu-lagunya. Aku suka cerita Korea sebab tempat-tempatnya yang sangat menarik yang ditonjolkan dan dipromote dalam setiap drama diorang. Aku suka Jepun sebab Animenya... ^_^

Satu yang nak aku cerita tentang Jepun ni (tak pernah lupa dulu mereka pernah jajah kita) diorang memang fanatik kucing ni. Bila aku tengok Prince of Tennis watak utama Echizen ada bela seekor kucing jenis Himaya yang diberi nama Karupin. Berumur 2 Tahun, Karupin seekor kucing yang sangat manja, selalu tidur dan bermain dalam bilik Echizen. Orang Jepun ni juga mengilhamkan yang kucing ni bijak. Kalau korang tengok anime ni korang boleh nampak dalam episod 27 yang mana bila Karupin nampak toy dia dalam beg Echizen, dia sanggup follow tuannya sampai ke sekolah semata-mata nak kan toy dia tu.


Karupin. Umur 2 tahun. Lahir bulan Mac. Jenis Himaya.


Ni masa Karupin dok merayau-rayau kat
sekolah Ryoma Echizen cari toy dia

Comel kan., Dalam cerita ni juga, orang Jepun cuba sampaikan yang hubungan kucing dan tuannya ibarat ombak dan pantai tidak dapat pisahkan. Orang cakap anjing tu setia. Tapi kesetiaan kucing ni lebih baik dari anjing. Tu pada pandangan aku je.


Dari anime diorang realkan. KAwaii



Tengok aksi kucing macam ni jiwa memang tenang

Then aku tengok pula Anime Bleach. Katun ni kisahnya lebih kepada  Soul Reaper or Shinigami ( Malaikat Maut). Watak utama dia dah tentu la Si Hensem Kurosaki Ichigo. Tapi sekarang ni aku nak cerita pasal kuicng. Nama kucing dalam cerita ni  yoruichi shihōin. Dia seorang perempuan tetapi mempunyai kelebihan untuk bertukar menjadi seekor kucing. Macam dalam cerita Harry Potter tu. Kucing ni juga digambarkan sangat bijak pandai. 


 yoruichi shihōin


Ni tuan asalnya sebelum dia menjelma jadi seekor kucing.
Smart sangat kan 


Next story pula, kucing dalam Anime Black Butler. Keseluruhan cerita ni mengenai Ciel seorang anak muda yang kehilangan ahli keluarganya dengan cara yang kejam. Setelah kehilangan keluarganya, Ciel telah ditangkap untuk didagangkan dan dibeli oleh seorang jutawan untuk dikorban. Pada saat kematiannya sudah dekat, ia pun membuat kesepekatan dengan iblis, ia menukar jiwanya untuk membalas dendam kepada orang-orang yang telah membunuh keluarganya.



Ni Sebastian jelmaan iblis yang diseru oleh Ciel. 

Yang ni kalau sesiapa yang tak kenal aku pun tak tahu nak cakap apa dah. Anime yang sememangnya kucing adalah watak utama dan sangat dikenali diseluruh dunia DOREMON. Watak kucing biru berkepala besar merupakan watak animasi yang dicipta oleh Fujiko F.Fujio. Ia mengisahkan robot kucing berwarna biru tanpa telinga yang datang dari abad ke-22 dan telah berjumpa dengan seorang budak lelaki bernama Nobita yang mahu mengubah nasib keluarganya.





Dalam cerita anime Jepun ni, watak kucing tu bukan saja-saja je diorang nak letak. Semua tu sebab diorang memang agungkan kucing ni. Bila aku cari gali memang ada sejarah pasal kucing ni kat Jepun. Tak ketinggalan juga HELLO KITTY dari Jepun pun sangat femes tu. tapi dulu aku ada terbaca yang pencipta Hello kitty ni cakap ilham dia bukan datang dari seekor kucing. Watak Hello Kitty tu seorang manusia katanya yang digambarkan mempunyai muka macam kucing. Heheh nanti kalau aku dah jumpa source yang betul dan sahih aku info dalam entri akan datang ok.





1 comment: