JellyPages.com

*!milaQalisya!*

*!milaQalisya!*

Thursday 5 February 2015

Chiko Cirit-Birit...

29 Nov 2014
Seminggu lepas bermastautin kat rumah kawan aku, hari minggu tu aku amik Chiko balik rumah. Mulut dia la paling banyak cakap dlm kereta. Memang tak buka radio dah masa tu. Kalo Chiko dengar ada suara yang lawan cakap2 dia lagi dia kuat bunyi...

Masa sampai rumah tu Chiko memang jakun sikit semua benda dia nak hidu. Maklumlah rumah baru kan. Aku pun biar je dia ambil mood sambil tu aku sediakan tempat makan minum dia. Since dia cirit masa malam pertama dengan aku hari tuh, so aku decide bagi dia tidur dalam sangkar dulu malam ni..


letih je muka budak sakit nie

Serius aku memang x taw camne nak jaga kucing sakit time ni dan ini merupakan kali pertama aku jumpa dengan Vet Dr. Hazlim sebab nak rawat Chiko yang cirit birit ni. Memang terkejut mula-mula tu bila tengok bil ubat dia kalah kita yang sakit demam minta mc nih. Minat punya pasal aku gagahkan juga jaga dan merawat Chiko.

Kadang tu rasa nak marah pun ada kat owner lama Chiko ni sebab jual x telus. Aku ni plak mana la pandai nak check kesihatan kucing sebab sebelum ni kucing aku yang datang kat kampung tu semua sihat2 comei2 gemok2 je memang xde masalah langsung. Antibodi kucing kampung ni kan kuat juga berbanding dengan kucing kacukan ni.

Sumber :// Google

Aku rasa korang pun mungkin boleh imagine macam mana kucing bila sakit cirit ni. Hari2 aku mesti cuci toilet dia dengan sabun dan setiap kali aku bersihkan toilet dia aku perlu salin pasir baru untuk dia (kalo boleh tak nak ingat balik bau semerbak rumah time tu). Dan perlu diingatkan bila korang nak bela kucing mental kena kuat dan poket sentiasa basah... Kalau jenis tengah bulan kering jangan mimpi la... Coz aku sendiri pernah makan megi selama 2 minggu berturut2 sebab keperluan aku lebih kepada anak bulus aku. 

 Dalam hati memang cuak dah takut Chiko x tahan dan boleh menyebabkan kematian. Aku bagi ubat macam yang diarahkan. Seingat aku time ni Chiko kena makan 3 Jenis ubat; 
i) antibiotik (kaler oren)
ii) ubat bagi najis keras (kaler putih)
iii) vitamin (kaler merah)


Ubat Masa Chiko Cirit-Birit

Tips lain yang aku guna pakai masa nak rawat cirit birit Chiko ni (aku review dalam internet dan dapatkan nasihat Vet jugak);
  1. Aku suruh Chiko puasa dalam masa 12 jam ( sebab aku x boleh tengok kalo kucing aku x makan sampai 24 jam)
  2. Aku make sure Chiko minum air bersih dengan kadar yang banyak. kalo boleh korang bagi minum air yang dah dimasak sebab x ada klorin 
  3. Lepas berpuasa aku akan hidangkan makanan segar yang ni memang aku buat sendiri- REBUSAN DADA AYAM tanpa garam
sumber:// Google

INFO TAMBAHAN ://

Kenali punca kucing korang cirit-birit

Bila korang tengok kucing korang hilang kawalan dan keupayaan nak membuang najis secara normal, misal kata kucing korang mengeluarkan najis secara cairan dengan kerap, itu tanda dia terkena cirit-birit.

Bila terkena, korang jangan cepat melatah macam aku lah. Aku memang tak boleh bila tengok kucing aku sakit. Itu jam jugak nak pergi jumpa doktor. So, korang tengok dan tunggu dulu dalam 24jam untuk klasifikasikan sama ada cirit tu cirit yang biasa atau dah masuk tahap kronik.

Sumber :// Google

Masa Chiko cirit dulu, memang ketara sangat perubahan yang aku nampak. Jadi aku listkan Simptom-simptom yang mungkin ada pada kucing korang sekiranya dia cirit-birit://

  • Kerap Buang air besar (poo) dalam bentuk cecair - bau pun mahsyuk
  • Terdapat darah dalam najis
  • Najis dan mulut berbau busuk
  • Demam panas
  • Tiada selera makan
  • Kurang berat badan secara mendadak
  • Letih dan lemah
  • muntah-muntah
  • Dehidrasi (kekurangan air dalam badan)


Nampak kan muka dia yang lesu dan badan dia yang kurus tu

Antara sebab-sebab yang terjadinya cirit-birit ni 

  • Alahan pada makanan. ( Sebelum nak tukar makanan, korang kena tengok dulu tahap antibodi kucing korang macam mana. Dan tukarlah secara berperingkat. Jangan mendadak terus tukar. Sebab tak semestinya yang mahal tu sesuai dengan perut kucing korang)

  • Susu lembu. ( Kucing ni memang alah dengan susu lembu. Jadi kalau kucing korang masih menyusu tapi tak beribu dah, make sure korang bagi dia minum dengan susu yang berasaskan daripada susu kambing)             

Sumber :// Google

  • Minum air yang tak bersih. ( Kucing ni sejak azali lagi memang spesis yang pembersih. Jadi korang kena selalu bekalkan diorang air yang bersih)
Sumber :// Google
Bekas ni terdedah, jadi korang kena rajinkan diri untuk sentiasa tukar air nya supaya kucing korang dapat bekalan air yang bersih.


Sumber :// Google
Kalau korang rasa korang mampu nak beli yang jenis Cat Drinking Fountain ni korang belilah. Kualiti air dia memang sentiasa terjaga. Aku pun nak cari satu nanti. So far market kat sini aku tak jumpa lagi kedai yang ada jual Jenama Cat It ni


Sekarang aku pakai yang jenis Nozzle ni. Korang cuma cari Botol kosong or beli air mineral kunci kat kepala atas dia tu.  Jenis ni pun ok sebab air tu tak terdedah pada habuk dan tunggu sampai kucing korang minum sampai habis baru tukar yang lain.



  • Stress akibat pertukaran persekitaran. ( Chiko pun alami masalah ni. Perubahan persekitaran seperti kejutan bertukar rumah, bertukar tuan, kehadiran orang baru atau kehadiran haiwan peliharaan baru juga boleh menyebabkan kucing korang stress sampai cirit-birit). 


Alhamdulillah... seminggu lepas dapat rawatan doctor x bertauliah ni Chiko pulih dan poo dia pun mula membentuk dengan struktur yang elok.... ^_^


Chiko bila perut dah sihat

No comments:

Post a Comment