JellyPages.com

*!milaQalisya!*

*!milaQalisya!*

Tuesday 24 February 2015

How To Pet A Kitty

Amboi kau jah kelas tajuk ko pakai yer... Actually, aku bukan suka-suka ja nak share ngan korang pasal isi tajuk ni, tapi masa aku adopt Chiko dulu aku memang tak prepared apa-apa langsung pasal keperluan kucing ni. Aku sendiri tak tahu yang kucing ni pun ada masanya kena berjumpa dengan vet untuk di vaksin dan dewormed supaya diorang lebih sihat.

Sebabnya, kalau kat kampung kteorang bukan ada bela sangat kucing ni. Cuma nya rajin bagi makan kat stray cat yang berkeliaran keliling rumah. Diorang pun datang rumah time lunch hour and dinner jer... So aku memang tak ada pengalaman langsung secara fully treat untuk kucing.

Apa yang menyebabkan aku terfikir nak bela kucing ni sebabnya, aku kerja merantau ke negeri orang, duduk menyewa seorang-seorang tapi sekarang dah dapat roomate yang memang geli dengan kucing tapi dia still berada tahap yang ok kalau nak pegang kepala kucing. Janji kucing tu tak gesel-gesel kat kaki... hahaha aku akan buat sampai dia tak fobia dengan kucing...(jahatnya aku...kui..kui..kui) p/s :// tak boleh salahkan diorang juga kalau diorang fobia, takut or geli dengan kucing w/pun kucing ni tersangatlah comei ye... 

Orang cakap bela kucing ni bagus. Aku memang sokong statement ni 200%. Kucing adalah terapi diri paling baik kalau korang jenis tak mampu la lepakkan diri kat spa macam aku... (hampir separuh income aku dah pergi ke Chiko... sebab tu tak mampu nak masuk spa T_T). Satu lagi bila korang bela kucing ni, automatik korang akan menjadi orang yang paling berdisiplin dalam dunia.... why?? Ok.. sebabnya bila korang bela kucing ni, korang akan ada satu rutin yang mana korang kena bersihkan toilet dia, bagi makan dia, bawa dia pergi jalan-jalan usha awek / pakwe, ingat due untuk vaksin dia dewormed dia, jaga dia bila sakit dan ect... banyakkan.. (anggap dia sebagai satu senaman bukan bebanan)


Ia Anugerah Terindah bukan satu bebanan 


Bila otak korang dah bersedia, fizikal korang boleh kerja lebih masa, poket korang pun boleh bergerak untuk share dengan kucing korang, meh aku nak share perkara asas yang perlu ada dalam rumah korang untuk keselesaan kucing dan kesenangan korang jugak... 

1) KAWASAN UNTUK MELETAK KUCING

Boleh jadi sangkar, bilik atau open space. Terpulang sama ada korang nak jadikan kucing peliharaan tu as a indoor cat @ outdoor. Macam Chiko, sah-sah la indoor cat. Aku memang latih Chiko dari kecil suruh duduk main dalam kawasan rumah.

Masa mula-mula aku adopt Chiko dulu, dia kan cirit-birit, jadi memang aku masukkan dia dalam cage. Dekat 2 minggu jugak lah. bukan sebab nak menyeksa ke apa. Tapi aku ni kan kerja disiang hari, kalau aku lepas dia dalam rumah, balik kerja tengok-tengok rumah penuh dengan kuih dia, tak naya kat badan namanya tu. Bila malam, bila aku dah bersihkan cage dia aku lepaskan dia. Janji time dia lepas tu berada dalam pengawasan mata aku.

Mula tu aku beli cage dia yang biasa ja sebab adopt dia pun dalam keadaan tergesa-gesa. Aku kumpul duit sikit-sikit tiap bulan sampailah aku boleh upgrade cage yang lebih selesa untuk dia...

So, kalau nak bawa dia jalan-jalan luar rumah, aku akan masuk kan dia dalam carrier bag or ikat tali kat leher dia supaya dia boleh jalan sendiri dalam masa yang sama korang boleh jaga dia dari lari ke arah jalan raya yang penuh dengan kenderaan tu...
  

kalau nak jalan mana-mana terutama nak bawak pergi jumpa vet.


Tapi dinasihatkan janganlah korang letak kucing terlalu lama dalam sangkar yang kecil. Kesian diorng. Cuba bayangkan diri kita dalam tempat yang sempit susah nak bernafas dan bergerak, mesti tak selesa kan?

Banglo tiga tingkat setelah di upgrade daripada satu tingkat rumah sesebuah 



2) LITER BOX / KOTAK PASIR KUCING

Mungkin ada yang sesetengah tu tak tahu pun apa tu litter box?? Litter box ni sejenis bekas untuk letak pasir kucing, jadi kucing korang boleh buat projek kuih dalam tu. Khas untuk mereka-mereka yang ada indoor cat.

Kalau pergi PETSHOP macam-macam jenis korang boleh dapat. nak yang saiz kecil, sederhana, besar, extra besar semua ada. Tapi aku nasihatkan alang-alang korang nak membeli @ membuat pelaburan dekat kucing korang baik korang beli yang bersaiz besar atau Extra Large tu sebab kucing ni kan macam manusia jugak semakin naik bulan semakin besarlah saiz diorang. Kena pulak dalam rumah tu korang bela lebih dari seekor, kompem kena cari yang extra large kan....



Ni saiz kecil aku beli time emergency dulu, la ni chiko nak masuk pun dah tak muat

Macam mana nak ajar kucing pakai Litter Box???
Cara paling mudah, korang letak dia dalam cage yang ada liiter box. Kucing ni dah memang sifat semula jadi dia akan kecing or berak kat tempat yang berpasirkan. Secara tak langsung diorang sendiri yang akan pergi kat litter box tu.

Bila kucing dah pandai guna litter box dan korang pun rasa confident yang kucing korang memang akan berak kencing kat toilet diorng sampailah korang rasa macam taknak guna cage dah, pastikan korang letak litter box kat satu tempat yang selalu dia aim untuk membuang hajat. Macam Chiko dia aim depan pintu toilet, jadi aku letak litter box dia kat situ.

Jangan lupa untuk bersihkan litter box tu EVERYDAY ok. Macam aku, aku akan bersihkan litter box Chiko 3x sehari, before pergi kerja and after balik kerja then before aku nak tidur. Sebabnya Chiko memang tak suka kalau toilet dia tak bersih kang dia buat perangai berak bawah singki la bawah meja la as a protes!


Kalau jenis ni orang panggil Jumbo Hooded Litter Pan 

3) PASIR KUCING

Bila dah ada litter box, semestinya lah kena ada pasir kucing. Barulah function litter box tu kan. Boleh beli di mana-mana kedai haiwan. Ada pelbagai jenis ikut selera korang, yang kedap bau lah, yang tiada habuk lah. Beli ikut kemampuan masing-masing.

Walaupun ada setengah kucing yang berperangai pelik macam suka berak kencing atas surat khabar lah, korang kena ajar la diorang guna pasir juga yer... Tak kisah korang nak guna wood palette ke, crystal ke ikut bajet masing-masing. Macam aku, aku lebih suka guna pasir Sum Cat Premium Cat Litter 10L bau apple dan oren. Sesekali tu time Chiko cirit, aku akan guna jenis crystal punya. Tapi kat tempat aku susuah nak dapat crystal yang 10L, habis kuat dalam 2L ja...





4) MAKANAN KUCING 

Tajuk ni aku ingat nak buat entry lain. Tapi aku selitkan juga dalam entry sebab dia merupakan asas penting bila korang adopt or beli or terjumpa lalu bawa balik untuk dijaga. Masa Chiko cirit dulu, aku runsing gila nak bagi dia makan makanan jenis yang mana. Yang pasti aku kena beli ikut kemampuan dan bajet poket kiri kanan aku. Sebelum aku adopt dia, owner lama cakap dia makan nasi putih dengan ikan kembung rebus. Mula-mula tu boleh jugak la nak ikut tapi sampai bila aku nak teruskan tradisi ni kan. Almaklum lah aku pun bekerja orang nya. Tak pasal-pasal aku kena bayar maid untuk rebus ikan Si Chiko kalau aku follow tradisi ni...

Banyak juga lah artical yang aku survey supaya aku tak salah buat pilihan.. Siapa yang nak rugi bila kita nak invest kan... Ada 3 kategori makanan kucing yang wajib korang ambil tahu


  • Komersial - Paling murah dan boleh didapati kat mana-mana, dalam pasaraya even kedai runcit dan 7-eleven pun ada jual. Contoh; Whiska, Friskies, Smartheart 
    • Actually is not good la kalau korang bagi makanan jenis ni kat anak bulus sebab makanan jenis ni tinggi kandungan garamnya.






  • Premium - Blackwood dan Royal Canin ialah contoh Premium Food. 2 nama ni memang femes dikalangan pencinta kucing. Ada yang kata blackwood lebih ok ada juga yang cakap RC paling ok. Bagi aku 2 2 sama ja. Beza pada harga. BW lebih murah dari RC sebab tu ramai orang beli BW. Bagi aku pulak mahal tak semestinya elok. Ni berdasarkan pengalaman aku sendiri bila jaga Chiko. Nanti aku buat debut / entry pasal Jenis Makanan ni. 








  • Super Premium / Holistic - Contoh makanan Orijen dan Evo. Paling mahal dan paling susah nak dapat dalam pasaran lebih-lebih lagi kalau korang duduk area kampung yang belum pesat membangun. Kalau makanan jenis ni, aku akan beli yang jenis wet food tu. Aku beli jenama Evo for Kitten since Hachiko masih kategori budak-budak lagi walaupun badan dia nampak besar. hahaha.. Satu tin mencecah RM 12.00 memang kayap aku.








5) SCRATCHING POLE / TEXTURE

Ini penting supaya kucing tak mencakar kerusi kulit anda okey... Kalau kita tak nak barang-barang berharga dalam rumah tu rosak, sediakan sesuatu texture untuk kucing mencakar. Kucing ni memang nature dia suka mencakar. Tak kisah kau bela dia dari kecil konon dah asuh baik punya, aku gerenti dia akan mencakar juga.

Kalau kucing outdoor boleh la juga diorang lepas gian tu kat pokok-pokok, tapi yang indoor cat ni, better ada banyak scratching post supaya diorang boleh mengasah kuku diorang banyak tempat. Untuk Chiko aku beli 3 jenis scratching, yang jenis dok dalam sangkar satu, jenis alas kaki dok depan toilet dia satu, dan yang jenis gim boleh lompat masuk panjat naik yang tu aku letak kat ruang tamu satu. Kadang-kadang kaki aku pun dia anggap scratching post... grrrrrr









6) PERMAINAN KUCING

Ini mungkin side need, tapi aku tetap rasa penting kalau kita nak kucing kita aktif bukan kaki tidur ja kerja dia. Bila tak ada sumber hiburan ni juga kadang-kadang boleh mendatangkan stress tau kat anak bulus korang. Biasa kucing suka kejar benda, jadi ciptalah sesuatu permainan yang boleh kucing kejar.

Chiko lebih suka main gumpalan kertas dari kejar bola... hahahaha.... Senang dan murah. Tapi aku tak sekejam itu cuma bagi dia main kertas ja....

Aku shorkan korang review barangan jenama CAT IT. Sebab macam-macam korang boleh dapat untuk keperluan kucing korang dan harganya masih dalam kadar yang mampu milik..


sumber :// Google
aku sendiri pun dok aim benda ni cuma sumber terdekat je tak jumpa lagi untuk grab



Peneman Chiko dikala sunyi


Akhir kata, jadilah pemilik kucing yang menganggap kucing itu bukan binatang peliharaan semata-mata tetapi as a family.... So, bila kau dah anggap diorang macam family, keperluan diorang pun mestila korang kena ambil kisah juga.... betul kan...






No comments:

Post a Comment